mcmc
Persatuan Wanita

Persatuan Wanita

1. Kelas Mengaji Al-Quran

Aktiviti yang sentiasa dijalankan di kampung ini bagi kaum wanita adalah mengadakan kelas mengaji untuk anak-anak penduduk.Kelas ini diadakan setiap hari pada sebelah petang di kawasan Masjid Paya Peladang. Tenaga pengajar bagi kelas ini telah dijadualkan seperti yang telah ditetapkan oleh persatuan tersebut.

 

2. Aktiviti Berzanji

Terdapat juga aktiviti-aktiviti berzanji bagi persatuan wanita. Aktiviti ini berlangsung dua kali seminggu di tempat yang telah ditetapkan. Persatuan ini aktif apabila terdapatnya kenduri-kendara, majlis-majlis tertentu seperti majlis bercukur dan sebagainya.