|
USAHAWAN – AZIMI PAU GEBU |
|
Nama : MOHD AZIMI BIN YUSOFF |
|
Umur : 44 Tahun |
|
Ahli : 08/07/2017 |
|
Latar Belakang Perniagaan Makanan/Minuman/Makanan Basah Menjual makanan dan minuman melalui van penjaja bergerak(Caravan) |
|
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi Sebelum terlibat dengan perkhidmatan di Pedi, En. MOHD AZIMI merupakan pengguna yang biasa melayari internet untuk mencari maklumat. Beliau sangat aktif berniaga di Bandar Dungun. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi Setelah mendaftar sebagai ahli Pedi Pulau Serai, beliau mendapat maklumat berkaitan perniagaan yang mana disini ramai yang telah berjaya memperluaskan perniagaan dengan menghadiri kelas-kelas berkaitan pemasaran atas talian. Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pedi Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada. Antaranya cara menggunakan Facebook Page dan berniaga menerusi platform Shoppee serta langkah-langkah membuat promosi didalamnya. Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pedi dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau. Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah. En. MOHD AZIMI sangat memanfaatkan ilmu yang dipelajari di Pedi untuk mempromosikan produk jualannya di media social iaitu Facebook. Selain menambah pelanggan dan juga pendapatan lebih tinggi dari sebelumnya, beliau juga mendapat ramai kawan baru. |