mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Separuh Tahun Kedua (Julai-Disember 2023)

 

USAHAWAN – SAMBAL BILISCIOUS OP’A

Nama : NUR HABIBAH BT ABD HALIM

Umur : 33 Tahun

Ahli : 23/11/2018

 

Latar Belakang Perniagaan

Menjual makanan kering yang berasaskan bilis iaitu sambal garing bilis, sambal garing berapi dan sambal garing bilis pucuk ubi serta bilis sira.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Sebelum terlibat dengan perkhidmatan di Pedi, Pn. NUR HABIBAH merupakan pengguna yang biasa melayari internet untuk mencari maklumat. Beliau sangat aktif berniaga dari rumah kepada kenalan terdekat dan saudara mara.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Pedi

Setelah mendaftar sebagai ahli Pedi Pulau Serai, beliau mendapat maklumat berkaitan perniagaan yang mana disini ramai yang telah berjaya memperluaskan perniagaan dengan menghadiri kelas-kelas berkaitan pemasaran atas talian.

Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pedi Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada. Antaranya cara menggunakan Facebook Page dan berniaga menerusi platform Shoppee serta langkah-langkah membuat promosi didalamnya.

Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.

Pn. NUR HABIBAH memanfaatkan ilmu yang dipelajari di Pedi untuk mempromosikan produk jualannya di media social iaitu Facebook. Selain menambah pelanggan dan juga pendapatan lebih tinggi dari sebelumnya, beliau juga mendapat ramai kawan baru.