Mini Karnival Usahawan Wanita Meroti ini diadakan pada 21 April 2017 iaitu hari jumaat bertempat di perkarangan Pusat Ekonomi Digital Pulau Serai, Dungun. Dengan kerjasama Pejabat ATRA Dun Rantau Abang bersama Persatuan Usahawan HZ Richwork karnival ini memberi peluang kepada kaum wanita untuk mempelajari serta melihat cara-cara memproses dan membuat roti. Selain itu, mereka juga banyak berkongsi info serta maklumat dan pendapat berkaitan pembuatan meroti.