TAMAN REAKRASI PANTAI TELUK BIDARA
Taman Reakreasi Pantai Teluk Bidara adalah terletak di Kampung Seberang Pintasan iaitu diseberang Bandar Dungun. Taman rekreasi ini merupakan taman rekreasi yang paling dekat dengan Kampung Pulau Serai.
Pantai ini merupakan pantai yang sangat bersih dan dijaga dengan rapi. Pantai yang lebar, bersih dan dilengkapi dengan semua kemudahan asas seperti tandas, wakaf untuk berehat dan sebagainya. Namun begitu, pantai ini tidak sesuai untuk tujuan mandi manda kerana perairannya dipenuhi dengan batu-batu yang berbahaya.
Pengunjung-pengunjung luar boleh menginap di rumah-rumah tumpangan dimana di kawasan Pantai Teluk Bidara ada disediakan banyak rumah-rumah tumpangan untuk disewa.
Pantai Teluk Bidara, Dungun