Dungun – Hampir 1,500 penduduk Dungun hadir ke majlis berbuka puasa bersama Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan isteri To’ Puan Halina Zakaria yang diadakan di Masjid Pulau Serai hari ini.
Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Dungun Dato’ Din Adam merangkap Pegawai Pembangunan Parlimen Dungun, Adun Bukit Besi Roslee Daud yang juga EXCO Kerajaan Negeri dan kepimpinan bahagian.
Sebelum itu beliau sempat mengunjungi dua buah rumah penduduk di Kampung Raja Wali bertemu Megat Mahyuddin Megat Hanafiah 64 tahun dan Mohd Amran Razak 44 tahun bagi menyampaikan bantuan keperluan rumah kepada kedua-duanya.
Dalam majlis ini juga seramai 100 anak yatim menerima sumbangan sempena bulan Ramadhan manakala 100 warga emas dan golongan OKU diberikan bantuan dana raya
Beliau dan orang ramai kemudian menunaikan solat Maghrib secara berjemaah di masjid berkenaan.

Sumber : https://terengganutimes.com/penduduk-dungun-berbuka-puasa-bersama-mb-di-masjid-pulau-serai
