mcmc
Keusahawanan

Keusahawanan

KEDAI RAKYAT 1MALAYSIA (KR1M)

Terdapat Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) di Kampung Pulau Serai dimana KR1M antara yang terbesar di Malaysia yang semakin mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai berikutan harga barangan yang ditawarkan lebih murah berbanding beberapa pasar raya lain sekitarnya. Kedai terbabit mula menjadi tumpuan khususnya bagi mereka yang mahu mendapatkan barangan pada harga murah sejak dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 15 Januari 2012 yang lalu.

Kedai Rakyat 1 Malaysia merupakan sebuah kedai yang berkonsepkan pasar mini yang menjual pelbagai barangan keperluan asas dengan harga yang rendah. Ini dapat mengurangkan bebanan rakyat khususnya penduduk kampung sekitarnya.

(Sumber: http://www.kedairakyat1malaysia.com.my/en/kr1m-pulau-serai-jadi-tumpuan)

Kedai Rakyat 1Malaysia