mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Keempat (Okt-Dis 2018)

1

Latar belakang

Pn. Masliya merupakan Guru Tabika Alor Mak Bah, Dungun, Terengganu. Beliau ke Pusat Internet Malaysia Kg. Pulau Serai untuk tujuan mempelajari mengenai cara menggunakan komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

  1. Beliau sangat berminat untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam lagi. Beliau sedar ilmu tersebut perlu ada untuk masa akan datang memandangkan sesetengah urusan sekarang ini kebanyakannya melalui online.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

  1. Beliau terus mendaftar kursus asas yang dijalankan oleh Pusat Internet Kg. Pulau Serai. Setelah mengikuti kursus tersebut, beliau kini semakin mahir dalam bidang ICT. Antara kursus yang diikuti beliau adalah Latihan ILES.
  1. Selain itu, beliau juga didedahkan bagaimana untuk Klik dengan bijak iaitu keselamatan semasa melayari internet. Beliau kini sedar, sebagai seorang guru beliau perlu mengambil tahu @ cakna dengan serius akan perkara ini untuk kebaikan anak-anak didiknya.

2

Latar belakang

Merupakan seorang agen dropship yang menjual pelbagai jenis produk antaranya produk kecantikan serta kesihatan dan juga pakaian serta makanan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Sebelum mengetahui mengenai PIM, beliau berniaga dari rumah ke rumah sekitar kampung dan juga kepada rakan kenalan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

1. Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada.

2.   Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pi dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.

3.  Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.

4.     Pn Noridawati sangat memanfaatkan ilmu yang dipelajari di PI untuk mempromosikan produk jualannya di media social iaitu Facebook. Namun begitu beliau tidak promosi di ‘wall facebook’ tetapi banyak mempromosikan jualannye melalui Group Peniaga Online.

 

3

Latar belakang

Mengusahakan kedai makan yang menyediakan menu masakan panas ala thai. Disamping itu, beliau juga berniaga produk kesihatan dalam talian menerusi media sosial.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Beliau berniaga dalam lingkungan 8 tahun dan memulakan perniagaan beliau dari Mac 2010 sehingga sekarang. Beliau menjual makanan dengan mengenengahkan  menu masakan panas ala thai dan mempunyai pekerja seramai 5 orang. Lokasi Kedai Makan beliau di Simpang Tanjung Jara, Dungun, Terengganu.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

1. Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk menambahkan ilmu pengetahuan disamping mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada.

2. Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.

3. Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pi dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.

4. Selain mengusahakan Kedai Makan, beliau juga aktif berniaga di dalam talian antaranya produk kesihatan.