mcmc
Makanan

Satar Ikan

Satar adalah makanan ringan tradisional dari negeri Terengganu, Malaysia yang diperbuat daripada ikan. Ia merupakan masakan istimewa Terengganu. Ia adalah campuran kelapa parut dan daging ikan yang ditumbuk bersama lada, bawang dan halia lalu dibalut dalam daun pisang dan dibentukkan segi tiga piramid. Setiap satu akan dicucuk seperti sate gergasi dengan batang buluh dan dipanggang atas bara api.

(Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/Satar )

#Masyarakat moden sekarang mempelbagaikan cara untuk memakan satar, iaitu dengan membalut satar menggunakkan kulit popia dan mereka mengoreng  popia satar tersebut.