
Pusat Internet 1Malaysia ini diberi nama sempena nama kampung tempat pusat ini ditubuhkan iaitu di Kg. Pulau Serai. Ia dibina pada Bangunan Balai Raya J3K Kg. Pulau Serai iaitu di tingkat atas balai raya tersebut bersebelahan Masjid Al-Mustaqim, Kg. Pelandang, Pulau Serai.
Sebanyak 20 buah komputer telah ditempatkan di Pusat Internet ini untuk kegunaan komuniti disini dengan kelajuan internet yang memuaskan. Pelbagai perkhidmatan yang ditawarkan di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pulau Serai antaranya perkhidmatan mencetak, fotokopi, mengimbas, binding, laminating, wifi komuniti, dan sebagainya dengan harga yang berpatutan. Latihan ICT juga ditawarkan secara percuma kepada pengguna yang berminat.
Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pulau Serai adalah Pusat Internet 1Malaysia fasa 4 (Telephony). Ia mula beroperasi pada 25 April 2013.
