mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Ketiga (Jul-Sept 2019)

1

Latar belakang

Pn Asnida merupakan seorang surirumah yang aktif bergiat dalam persatuan. Beliau merupakan ahli Pusat Internet Kg. Pulau Serai sejak tahun 2017 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali PI,beliau hanya menggunakan komputer personal beliau sahaja untuk menaip ayat ringkas dan mudah sahaja tanpa mengetahui lebih mendalam berkaitan software dalam komputer tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mendaftar ahli PI, beliau sangat teruja untuk menerokai lebih banyak kagi ilmu berkaitan komputer bagi memudahkan membuat kerja persatuan beliau.

Beliau telah mengikuti kelas ILES untuk memudahkannya menggunakan computer dengan baik. Kesemua modul ILES dipelajari yang mana merangkumi pelbagai software asas yang yang diperlukan seseorang pekerja supaya lebih mahir menggunakan computer kerana beliau berada dalam bidang pengurusan pejabat.

Beliau ingin memahami lebih lagi bagaimana menggunakan internet dengan selamat,justeru melalui Program Klik Dengan Bijak banyak ilmu yang diperolehi. Melalui program ini juga beliau mengetahui kebaikan serta keburukan dunia tanpa sempadan iaitu internet.

22

Latar belakang

Mengusahakan perniagaan pakaian wanita (Fashion Style) dan baju bundle (Japan) seperti Turtleneck perempuan dengan harga yang berpatutan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengetahui mengenai PI, beliau hanya menjual barangan melalui rakan dan jiran tetangga dan amat jarang mempromosikan jualan melalui media sosial Facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIM

Setelah mendaftar sebagai ahli PI Pulau Serai, beliau mendapat maklumat berkaitan perniagaan yang mana disini ramai yang telah berjaya memperluaskan perniagaan dengan menghadiri kelas-kelas berkaitan pemasaran atas talian.

Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada.

Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pi dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.

Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.

4.  Pn Norhaliza sangat memanfaatkan ilmu yang dipelajari di PI untuk mempromosikan produk jualannya di media social iaitu Facebook. Selain menambah pelanggan dan juga pendapatan lebih tinggi dari sebelumnya, beliau juga mendapat ramai kawan baru.

 

3

Latar belakang

Mengusahakan perniagaan perkhidmatan sewa set kanopi bajet untuk sebarang majlis seperti majlis perkahwinan, pertunangan serta pelbagai lagi majlis keraian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengetahui mengenai PI, beliau mempromosi perkhidmatan dengan mengedar flyer kepada rakan, jiran tetangga dan komuniti setempat. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar sebagai ahli PI Pulau Serai, beliau sangat teruja untuk mengikuti program dan kelas serta bengkel-bengkel berkaitan pemasaran perniagaan atas talian.

Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada.

Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pi dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.

Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.

Pn Yatasha sangat memanfaatkan ilmu yang dipelajari di PI untuk mempromosikan produk jualannya di media social iaitu Facebook. Selain menambah pelanggan dan juga pendapatan lebih tinggi dari sebelumnya, beliau juga mendapat ramai kawan baru.