Jika dari bandar utama Kuala Terengganu, destinasi Air Terjun Chemerong agak jauh mungkin memakan masa dalam 2 jam perjalanan memandu bergantung jalan mana yang anda lalui. Sekiranya memandu dari bandar Dungun atau Chukai, Kemaman, anda harus melalui jalan utama Jabor-Al Mukhtafi Billah Shah sebelum masuk simpang ke Hutan Lipur Chemerong melalui Jalan Pasir Raja.