Perniagaan Kak Sofie Mobile Spa telah diasaskan oleh Pn Sofuari Binti Salleh yang berasal dari Kg. Kuala Abang. Beliau telah menjalankan perniagaan ni selama beberapa tahun dengan menyediakan perkhidmatan spa bergerak dari rumah ke rumah. Antara perkhidmatan yang disediakan seperti Rawatan Muka, Urutan Badan, Solekan Pegantin serta pelbagai lagi. Selain itu, beliau juga memberi khidmat nasihat mengenai produk kecantikan yang bersesuaian dengan jenis kulit pelanggan.
Pn Sofuari juga turut berkunjung ke Pi1m Pulau Serai untuk mempelajari lebih mendalam lagi mengenai keusahawanan serta bagaimana mempromosikan perniagaan supaya lebih efektif.Beliau telah mengikuti beberapa kelas antaranya Kelas Keusahawanan, Program Klik Dengan Bijak, Latihan Intel ILES dan sebagainya.
