- Balai Polis Dungun
Di daerah Dungun,terdapat perkhidmatan keselamatan untuk komuniti yang terjamin dimana terdapat sebuah Ibu Pejabat Polis Dungun. Balai Polis tersebut terletak di Kg Batu 48 di Bandar Dungun. Jarak di antara Kg Pulau Serai dengan Balai Polis tersebut kira-kira 6 kilometer.
Balai Polis Dungun
2. Rukun Tetangga
Kawasan rukun tetangga yang terdekat dengan Kampung Pulau Serai adalah Kawasan Rukun Tetangga Kg. Rantau Abang. Ia berada kira-kira 2 kilometer dari Kg. Pulau Serai.
Kawasan rukun tetangga bertanggungjawab dalam menjaga keamanan dan kesejahteraan kampung dan kawasan sekitarnya. Dengan adanya pertubuhan kumpulan ini, penduduk setempat dapat menikmati keamanan kampung dengan lebih selesa dan dapat menjalankan aktiviti harian dengan lancar.

Kawasan Rukun Tetangga Kg. Rantau Abang
