mcmc
Makanan

Ketupat Sotong

KETUPAT SOTONG

Ketupat sotong merupakan sotong yang disumbat dengan pulut. Kemudian, ia dimasak bersama santan pekat. Sebelum pulut diisi ke dalam sotong, ia akan dimasak bersama santan terlebih dahulu. Ia kemudian dimasak pula bersama santan pekat yang dicampur bersama halba dan juga gula Melaka. Hidangan ini sering dijadikan makanan ringan di waktu petang atau ketika majlis – majlis tertentu.

Sumber : https://saji.my/makanan-tradisional-terengganu/#4_Ketupat_Sotong