mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Kedua (Apr – Jun 2017)

Celik it

Latar belakang

Bekerja di Majlis Daerah Dungun, Pn Siti Norhayana merupakan ibu kepada seorang anak yang sangat komited dengan tuntutan pekerjaannya.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum melibatkan diri dengan Pi1M, Pn Siti Norhayana hanya menggunakan microsoft word bagi memenuhi keperluan pekerjaannya. Beliau kurang mahir dengan software selain Words kerana tidak pernah mempelajarinya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau telah mengikuti kelas ILES untuk memudahkannya menggunakan computer dengan baik. Kesemua modul ILES dipelajari yang mana merangkumi pelbagai software asas yang yang diperlukan seseorang pekerja supaya lebih mahir menggunakan computer kerana beliau berada dalam bidang pengurusan pejabat.

Usahawan 1

Latar belakang

Usahawan dalam perniagaan berasaskan Multi Level Marketing iaitu STGMA yang membekalkan produk kesihatan(Sahajidah Hai-O Marketing).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas serta latihan yang diadakan di Pi1M, beliau menjalankan urusan menjual produk dari rumah ke rumah serta kepad sahabat belaiu yang terdekat secara lansung atau menerusi telefon.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada.

Beliau menjadikan laman sosial sebagai medium utama bagi  memasarkan produk beliau. Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan mengenai kelebihan menggunakan internet serta menguruskan keburukan penggunaan secara lebih berhemah.

Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan disamping mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau.

Beliau turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti (My Shop) untuk mempelbagaikan lagi medium pemasaran beliau.

Usahawan 2

Latar belakang

Usahawan dalam perniagaan berasaskan Multi Level Marketing iaitu STGMA yang membekalkan produk kesihatan(Sahajidah Hai-O Marketing)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum penglibatan bersama Pi1m, beliau menjalankan urusan berniaga secara kecil kecilan di rumahnya kepada jiran dan sahabat handal. Beliau juga ada memasarkan produk menerusi Facebook namun kurang mendapat sambutan kerana tiada strategi berkaitan promosi.