-
-
Latar belakang
Pn. Norhayati Bt. Idris merupakan Guru Tabika Kemas Rantau Abang. Beliau telah berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pulau Serai untuk tujuan mempelajari mengenai cara menggunakan komputer. Melalui tunjuk ajar yang diberikan petugas Pi1M kepadanya, beliau memperolehi banyak ilmu berkaitan software asas computer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum mengenali Pi1M, beliau kurang mahir menggunakan komputer, malah beliau juga tidak didedahkan mengenai kelebihan serta keburukan penggunaan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
- Beliau semakin berminat untuk mempelajari ilmu ICT dengan lebih mendalam lagi. Beliau sedar ilmu tersebut perlu ada untuk masa akan datang memandangkan sesetengah urusan sekarang ini kebanyakannya melalui online.
- Beliau terus mendaftar kursus asas yang dijalankan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pulau Serai. Setelah mengikuti kursus tersebut, beliau kini semakain mahir dalam bidang ICT. Antara kursus yang diikuti beliau adalah Latihan ILES
- Selain itu, beliau juga didedahkan Klik dengan bijak iaitu keselamatan semasa melayari internet. Beliau kini sedar, sebagai seorang guru beliau perlu mengambil tahu @ cakna dengan serius akan perkara ini untuk kebaikan anak-anak didiknya.
-

Latar belakang
Usahawan dalam perniagaan serta perkhidmatan membekalkan dan menyediakan cenderahati berbentuk makanan (popcorn)dan aiskrim.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau mempromosi perniagaan beliau melalui risalah yang diedarkan melalui tangan ke tangan di sekitar dungun. Sebelum mengunjungi Pi1m, beliau tidak pernah menggunakan cara lain untuk memperkenalkan atau mempromosikan produk jualan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
-
- Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan disamping mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada.
- Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.
- Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pi1M dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.

Latar belakang
Pn Nik Noraini merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Beliau juga berniaga kecil-kecilan yang mana perniagaan beliau adalah berasaskan Makanan Kering iaitu Kuih raya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum penglibatan bersama Pi1m, beliau menjalankan urusan berniaga secara kecil kecilan di rumahnya kepada jiran dan sahabat handal. Beliau juga ada memasarkan produk menerusi Facebook namun kurang mendapat sambutan kerana tiada strategi berkaitan promosi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
- Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan disamping mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau.
- Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada.
- Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.
- Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pi1M dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.
