Latar belakang
Pn Khatijah Bt Ibrahim merupakan Cikgu Tabika Kemas yang sangat komited dalam mempelajari ilmu berkaitan computer yang mana sangat dituntut dalam bidang pekerjaannya untuk memudahkannya mengemakini data muridnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum terlibat dengan aktiviti serta kelas di PI1M, beliau hanya mengetahui serba sedikit ilmu berkaitan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau telah mengikuti kelas ILES untuk memudahkannya menggunakan computer dengan baik. Kesemua modul ILES dipelajari yang mana merangkumi pelbagai software asas yang yang diperlukan seseorang pekerja supaya lebih mahir menggunakan computer kerana beliau berada dalam bidang pengurusan pejabat.
Beliau menggunakan Microsoft Excel yang mana software ini sangat diperlukan dalam jabatan beliau. Beliau memberi maklum balas mengenai kelas yang diikutinya selama empat hari dimana beliau sedikit mahir dan dapat menguasai bagaimana hendak menggunakan computer untuk tujuan kebaikan sendiri.
Selain itu melalui input dari program klik dengan bijak beliau lebih berhati-hati untuk menggunakan internet serta sentiasa berwaspada

Latar belakang
Usahawan dalam perniagaan berasaskan perkhidmatan spa bergerak. Antara perkhidmatan yang diberikan adalah rawatan kecantikkan, rawatan rambut sihat, rawatan muka dan juga urutan tradisional.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau berniaga dan mempromosikan perkhidmatan beliau secara mulut ke mulut serta menerusi telefon.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan disamping mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau.
Beliau turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti (My Shop) untuk mempelbagaikan lagi medium pemasaran beliau.
Beliau berharap program sebegini perlu diberi penekanan khusus dan perlu di pertingkatkan dari masa ke semasa kerana umumnya pengetahuan mengenai komputer sangat terhad dari segi tenaga pengajar dan juga kekangan masa. Justeru itu, peniaga seperti beliau akan didedahkan secara mendalam melalui program dan kelas yang diadakan.

Latar belakang
Usahawan dalam perniagaan berasaskan Multi Level Marketing iaitu STGMA yang membekalkan produk kesihatan(Sahajidah Hai-O Marketing)
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum mengikuti kelas serta latihan yang diadakan di Pi1M, beliau menjalankan urusan menjual produk dari rumah ke rumah serta kepada sahabat beliau yang terdekat secara lansung atau menerusi telefon.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada.
Beliau menjadikan laman sosial sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau. Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan mengenai kelebihan menggunakan internet serta menguruskan keburukan penggunaan secara lebih berhemah.
Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan disamping mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau.
