Latar belakang
Pn Nor Cahaya merupakan seorang Guru TABIKA KEMAS yang ingin mempelajari cara menggunakan software asas bagi memudahkan beliau mengaplikasikan ilmu tersebut dalam skop kerja beliau. Beliau merupakan ahli Pusat Internet Kg. Pulau Serai sejak tahun 2017 lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali PI,beliau hanya menggunakan komputer personal beliau sahaja untuk menaip ayat ringkas dan mudah sahaja tanpa mengetahui lebih mendalam berkaitan software dalam komputer tersebut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mendaftar ahli PI, beliau sangat teruja untuk menerokai lebih banyak lagi ilmu berkaitan komputer bagi memudahkan beliau memasukkan data berkaitan anak didiknya.
Beliau telah mengikuti kelas ILES untuk memudahkannya menggunakan computer dengan baik. Kesemua modul ILES dipelajari yang mana merangkumi pelbagai software asas yang yang diperlukan seseorang pekerja supaya lebih mahir menggunakan computer kerana beliau berada dalam bidang pengurusan pejabat.
Beliau ingin memahami lebih lagi bagaimana menggunakan internet dengan selamat,justeru melalui Program Klik Dengan Bijak banyak ilmu yang diperolehi. Melalui program ini juga beliau mengetahui kebaikan serta keburukan dunia tanpa sempadan iaitu internet.

|
Latar belakang Mengusahakan perniagaan berasaskan produk kecantikan dari brand Mesmerize Cosmetic. |
|
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI Sebelum mengetahui mengenai PI, beliau hanya menjual barangan melalui rakan dan jiran tetangga dan amat jarang mempromosikan jualan melalui media sosial Facebook. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Setelah mendaftar sebagai ahli PI Pulau Serai, beliau mendapat meklumat berkaitan perniagaan yang mana disini ramai yang telah berjaya memperluaskan perniagaan dengan menghadiri kelas-kelas berkaitan pemasaran atas talian. Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada. Antaranya cara menggunakan Facebook Page dan berniaga menerusi platform Shoppee serta langkah-langkah membuat promosi didalamnya. Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pi dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau. Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah. Pn Haslina sangat memanfaatkan ilmu yang dipelajari di PI untuk mempromosikan produk jualannya di media social iaitu Facebook. Selain menambah pelanggan dan juga pendapatan lebih tinggi dari sebelumnya, beliau juga mendapat ramai kawan baru. |

|
Latar belakang Mengusahakan perniagaan berasaskan produk kecantikan dari brand Beauty Flawless Cosmetic (BFSC). |
|
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI Sebelum mengetahui mengenai PI, beliau hanya menjual barangan melalui rakan dan jiran tetangga dan amat jarang mempromosikan jualan melalui media sosial Facebook. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Setelah mendaftar sebagai ahli PI Pulau Serai, beliau mendapat meklumat berkaitan perniagaan yang mana disini ramai yang telah berjaya memperluaskan perniagaan dengan menghadiri kelas-kelas berkaitan pemasaran atas talian. Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada. Antaranya cara menggunakan Facebook Page dan berniaga menerusi platform Shoppee serta langkah-langkah membuat promosi didalamnya. Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pi dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau. Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah. Pn Aslida sangat memanfaatkan ilmu yang dipelajari di PI untuk mempromosikan produk jualannya di media social iaitu Facebook. Selain menambah pelanggan dan juga pendapatan lebih tinggi dari sebelumnya, beliau juga mendapat ramai kawan baru. |
