mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Keempat(Okt-Dis 2021)

1 Q4

Latar belakang

Merupakan belia yang telah mendaftar sebagai ahli pada Mac 2017 dan turut menyertai pelbagai program yang telah dianjurkan Pik. Beliau bersyukur kerana Pik telah menyediakan kemudahan jalur lebar serta perkakasan dan khidmat tenaga pengajar bagi memudahkan penduduk setempat mempelajari berkaitan komputer.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali PI,beliau hanya menggunakan computer di dalam kelas computer di sekolah yang mengehadkan penggunaan computer ketika berada di kelas sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengenali PI, beliau telah mengikuti kelas ILES untuk memudahkannya menggunakan computer dengan baik. Kesemua modul ILES dipelajari yang mana merangkumi pelbagai software asas yang yang diperlukan seseorang pekerja supaya lebih mahir menggunakan computer.

Beliau ingin memahami lebih lagi bagaimana menggunakan internet dengan selamat,justeru melalui Program Klik Dengan Bijak banyak ilmu yang diperolehi. Melalui program ini juga beliau mengetahui kebaikan serta keburukan dunia tanpa sempadan iaitu internet.