mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Ketiga (Jul-Sept 2017)

Celik it

Latar belakang

Merupakan anak ke 5 dari 7 adik-beradik, saudari Tuan Shafikah adalah pelajar lepasan SPM yang sedang menunggu panggilan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Universiti.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengenali PI1M,beliau hanya mempelajari  mengenai komputer di Sekolah yang sangat terhad serta masa singkat untuk memahami secara mendalam.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau telah mengikuti kelas ILES untuk memudahkannya menggunakan computer dengan baik. Kesemua modul ILES dipelajari yang mana merangkumi pelbagai software asas yang yang diperlukan seseorang pekerja supaya lebih mahir menggunakan computer kerana beliau berada dalam bidang pengurusan pejabat.

Beliau ingin memahami lebih lagi bagaimana menggunakan internet dengan selamat,justeru melalui Program Klik Dengan Bijak banyak ilmu yang diperolehi. Melalui program ini juga beliau mengetahui kebaikan serta keburukan dunia tanpa sempadan iaitu intenet.

Usahawan 1

Latar belakang

Usahawan dalam perniagaan berasaskan Makanan kering dan basah serta produk kesihatan iaitu minuman (G-Tea).

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau merupakan peniaga yang giat menjual produk jualannya di Pasar Besar Dungun secara langsung. Beliau juga sering memuatnaik produk jualannya dalam akaun Facebook,namun kurang mendapat sambutan kerana tiada strategi.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Beliau menjadikan laman sosial sebagai medium utama bagi  memasarkan produk beliau. Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan mengenai kelebihan menggunakan internet serta menguruskan keburukan penggunaan secara lebih berhemah.

Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan disamping mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau.

Beliau turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti (My Shop) untuk mempelbagaikan lagi medium pemasaran beliau.

 

Usahawan 2

Latar belakang

Usahawan dalam perniagaan berasaskan Multi Level Marketing iaitu STGMA yang membekalkan produk kesihatan(Sahajidah Hai-O Marketing)

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum mengikuti kelas serta latihan yang diadakan di Pi1M, beliau menjalankan urusan menjual produk dari rumah ke rumah serta kepada sahabat beliau yang terdekat secara lansung atau menerusi telefon.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Antara kelas yang dihadiri beliau yang diadakan di  Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pulau Serai iaitu Kelas Keusahawan dan Kelas ILES iaitu asas kepada beberapa Microsoft Office seperti Words 2010, Paint, Powerpoint 2010, Publisher 2010 dan juga Excel 2010. Melalui kelas ini beliau mempelajari cara menggunakan software asas untuk tujuan mengedit gambar promosi serta beliau juga belajar mengenali dunia internet melalui laman sosial yang cukup terkenal sebagai medium memasarkan produk perniagaan paling berkesan. 

Hasil dari bengkel, program dan kelas yang dihadiri beliau, beliau menambaik mutu pemasaran beliau di media sosial Facebook dan membuka akuan Instagram sebagai cabang kedua untuk proses jualbeli produk beliau. Selain itu, melalui kelas asas penggunaan computer, beliau dapat mengedit sendiri gambar produk untuk dijadikan promosi. Beliau juga membuat kad bisnes sendiri untuk tujuan mengkomersilkan diri beliau supaya lebih kelihatan professional