mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Ketiga (Jul-Sept 2021)

1 Q3

Latar belakang

Merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah dan juga ahli Pik Pulau Serai sejak Julai 2015. Beliau banyak mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pik untuk memudahkan beliau menggunakan kemudahan yang disediakan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali PI,beliau hanya menggunakan computer di dalam kelas computer di sekolah yang mengehadkan penggunaan computer ketika berada di kelas sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengenali PI, beliau telah mengikuti kelas ILES untuk memudahkannya menggunakan computer dengan baik. Kesemua modul ILES dipelajari yang mana merangkumi pelbagai software asas yang yang diperlukan seseorang pekerja supaya lebih mahir menggunakan computer.

Beliau ingin memahami lebih lagi bagaimana menggunakan internet dengan selamat,justeru melalui Program Klik Dengan Bijak banyak ilmu yang diperolehi. Melalui program ini juga beliau mengetahui kebaikan serta keburukan dunia tanpa sempadan iaitu internet.