Latar belakang
Pn Mazlina merupakan seorang kakitangan awam yang menetap di Kg. Pulau Serai. Beliau sudah lama menggunakan khidmat Pusat Internet Pulau Serai tetapi sebagai pelawat sahaja. Setelah menyedari keistimewaan ahli Pusat Internet, beliau telah menjadi ahli Pusat Internet Kg. Pulau Serai pada 22 Ogos 2020.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali PI, beliau hanya menggunakan komputer personal beliau sahaja untuk menaip ayat ringkas dan mudah sahaja tanpa mengetahui lebih mendalam berkaitan perisian dalam komputer tersebut.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas mendaftar ahli PI, beliau sangat teruja untuk menerokai lebih banyak lagi ilmu berkaitan komputer bagi memudahkan membuat kerja beliau.
Beliau telah mengikuti kelas ILES untuk memudahkannya menggunakan komputer dengan baik. Kesemua modul ILES dipelajari yang mana merangkumi pelbagai perisian asas yang yang diperlukan seseorang pekerja supaya lebih mahir menggunakan komputer kerana beliau berada dalam bidang pengurusan pejabat.
Beliau ingin memahami lebih lagi bagaimana menggunakan internet dengan selamat, Justeru melalui Program Klik Dengan Bijak banyak ilmu yang diperolehi. Melalui program ini juga beliau mengetahui kebaikan serta keburukan dunia tanpa sempadan iaitu internet.

Bentuk perniagaan
Menjual pakaian mengikut trend terkini melalui platform atas talian iaitu facebook, Whatapps dan shopee.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum terlibat dengan perkhidmatan di PI, Pn. Baitul merupakan pengguna yang biasa melayari internet untuk mencari maklumat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendaftar sebagai ahli PI Pulau Serai, beliau mendapat meklumat berkaitan perniagaan yang mana disini ramai yang telah berjaya memperluaskan perniagaan dengan menghadiri kelas-kelas berkaitan pemasaran atas talian.
Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada. Antaranya cara menggunakan Facebook Page dan berniaga menerusi platform Shoppee serta langkah-langkah membuat promosi didalamnya.
Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pi dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.
Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.
Pn. Baitul sangat memanfaatkan ilmu yang dipelajari di PI untuk mempromosikan produk jualannya di media social iaitu Facebook. Selain menambah pelanggan dan juga pendapatan lebih tinggi dari sebelumnya, beliau juga mendapat ramai kawan baru.

Bentuk perniagaan
Mengusahakan perniagaan menjual daun ketapang.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengetahui mengenai PI, beliau mempromosi perkhidmatan dengan mengedar flyer kepada rakan, jiran tetangga dan komuniti setempat.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah mendaftar sebagai ahli PI Pulau Serai, beliau sangat teruja untuk mengikuti program dan kelas serta bengkel-bengkel berkaitan pemasaran perniagaan atas talian.
Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada.
Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pi dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.
Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.
En. Wahid sangat memanfaatkan ilmu yang dipelajari di PI untuk mempromosikan produk jualannya di media social iaitu Facebook. Selain menambah pelanggan dan juga pendapatan lebih tinggi dari sebelumnya, beliau juga mendapat ramai kawan baru.
