Latar belakang
Merupakan remaja lepasan SPM yang sedang menunggu panggilan belajar dari IPT.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum mengenali Pi1M, beliau kurang mahir menggunakan komputer, malah beliau juga tidak didedahkan mengenai kelebihan serta keburukan penggunaan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau telah mengikuti kelas ILES untuk memudahkannya menggunakan computer bagi mencari bahan untuk pembelajarannya di IPT sekiranya berpeluang kelak. Kesemua modul ILES dipelajari yang mana merangkumi pelbagai software asas yang yang diperlukan seseorang pelajar mahupun untuk bidang perkerjaan terutamanya pengurusan pejabat.

Latar belakang
Usahawan dalam bidang perkhidmatan membaiki dan membekalkan peralatan motor dan kereta.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau berniaga dan membuka kedai seperti biasa setiap hari kecuali jumaat. Beliau tidak pernah memasarkan barangan atau perkhidmatan yang beliau berikan diatas talian atau menggunakan medium lain kerana tidak mahir menggunakan pemasaran secara Online.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Justeru itu, beliau menjadikan laman sosial sebagai medium kedua memasarkan produk beliau selain memasarkan secara lansung di kedai yang terletak di Kg. Alor rekam. Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan mengenai kelebihan menggunakan internet serta menguruskan keburukan penggunaan secara tidak berhemah.
Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan disamping mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau.

Latar belakang
Usahawan dalam bidang makanan. Beliau menjual satey secara lansung dan dalam talian menggunakan medium media sosial seperti Facebook dan Whatapps.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau dan isteri mengusahakan kedai makanan yang menjual sate di tepi jalan besar Kg. Pulau Serai. Sebelum mengunjungi Pi1m, beliau dan isteri tidak pernah menggunakan cara lain untuk memperkenalkan atau mempromosikan produk jualan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada.
Beliau menjadikan laman sosial sebagai medium utama memasarkan produk beliau. Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan mengenai kelebihan menggunakan internet serta menguruskan keburukan penggunaan secara tidak berhemah.
Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk menambahkan lagi ilmu pengetahuan disamping mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau.
