Latar belakang
Pn. Sarah Adila merupakan Guru Tabika Kuala Abang, Dungun, Terengganu. Beliau ke Pusat Internet Malaysia Kg. Pulau Serai untuk tujuan mempelajari mengenai cara menggunakan komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengenali Pi1M, beliau kurang mahir menggunakan komputer, malah beliau juga tidak didedahkan mengenai kelebihan serta keburukan penggunaan internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Antara kelas yang dihadiri beliau yang diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet 1Malaysia Kg. Pulau Serai iaitu Kelas ILES (Modul 1-10) Microsoft Office seperti Word 2010 & Excel 2010. Melalui kelas ini beliau mempelajari cara menggunakan perisian tersebut secara lebih efektif.
Selain itu, beliau juga didedahkan dengan website-website yang perlu beliau layari antaranya, public.moe.gov.my, spa8, youtube dan sebagainya.

Latar belakang
Mengusahakan perkhidmatan menyediakan van perlancongan untuk disewa bagi memudahkan pelancong atau mereka yang memerlukan kenderaan dan juga pemandu ke sesuatu destinasi percutian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mempromosikan perkhidmatan swadiy travel dengan menyebarkan serta mengedarkan risalah berkaitan perkhidmatan beliau itu.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet Malaysia Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada. Antaranya cara menggunakan Facebook Page dan juga langkah-langkah membuat promosi didalamnya.
Antara kelas yang dihadiri beliau yang diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Malaysia Kg. Pulau Serai iaitu Kelas Keusahawan, Powerpoint 2010 dan juga Publisher 2010. Melalui kelas ini beliau mempelajari cara menggunakan software asas untuk tujuan mengedit gambar promosi serta beliau juga belajar mengenali dunia internet melalui laman sosial yang cukup terkenal sebagai medium memasarkan perkhidmatan paling berkesan.
Selain itu, beliau turut didedahkan Dashboard Komuniti PiM sebagai medium pemasaran yang pelbagai.

Latar belakang
Mengusahakan produk colek buah di Kg Pulau serai dengan menggunakan jenama Colek Ngosekk.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau berniaga rojak buah-buahan dan membuka gerai ditepi jalan berhadapan sekolah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet Malaysia Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada.
Beliau didedahkan Dashboard Komuniti PiM dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.
- Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.
