mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Pertama (Jan-Mac 2020)

1

Latar belakang

Ahmad Safwan merupakan seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai yang telah mendaftar ahli Pusat Internet Pulau Serai sejak Disember 2016. Beliau sering berkunjung ke pusat internet untuk menggunakan PC samaada untuk membuat kerja kursus dan juga menonton video. Disamping itu juga, beliau sangat komited dalam mengikuti setiap kelas yang diadakan oleh pusat internet. Beliau sudah menguasai pelbagai Microsoft Office.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali PI,beliau tidak pernah menggunakan computer tetapi hanya melihat dan mengetahui kegunaannya sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah mengikuti kelas ILES untuk memudahkannya menggunakan computer dengan baik. Kesemua modul ILES dipelajari yang mana merangkumi pelbagai software asas yang yang diperlukan seseorang pekerja supaya lebih mahir menggunakan computer kerana beliau berada dalam bidang pengurusan pejabat.

Beliau ingin memahami lebih lagi bagaimana menggunakan internet dengan selamat,justeru melalui Program Klik Dengan Bijak banyak ilmu yang diperolehi. Melalui program ini juga beliau mengetahui kebaikan serta keburukan dunia tanpa sempadan iaitu internet.

2

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengetahui mengenai PI, beliau menjual produk dikedai yang terdapat di Dungun.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar sebagai ahli PI Pulau Serai, beliau mendapat meklumat berkaitan perniagaan yang mana disini ramai yang telah berjaya memperluaskan perniagaan dengan menghadiri kelas-kelas berkaitan pemasaran atas talian.

Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada. Antaranya cara menggunakan Facebook Page dan berniaga menerusi platform Shoppee serta langkah-langkah membuat promosi didalamnya.

Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pi dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.

Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.

En Tuan Ibrahim sangat memanfaatkan ilmu yang dipelajari di PI untuk mempromosikan produk jualannya di media social iaitu Facebook. Selain menambah pelanggan dan juga pendapatan lebih tinggi dari sebelumnya, beliau juga mendapat ramai kawan baru.

3

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengetahui mengenai PI, beliau hanya menjual barangan melalui rakan dan jiran tetangga dan amat jarang mempromosikan jualan melalui media sosial Facebook.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar sebagai ahli PI Pulau Serai, beliau mendapat meklumat berkaitan perniagaan yang mana disini ramai yang telah berjaya memperluaskan perniagaan dengan menghadiri kelas-kelas berkaitan pemasaran atas talian.

Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada. Antaranya cara menggunakan Facebook Page.

Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pi dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.

Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.

Pn Nurul Ain Natrah sangat memanfaatkan ilmu yang dipelajari di PI untuk mempromosikan produk jualannya di media social iaitu Facebook. Selain menambah pelanggan dan juga pendapatan lebih tinggi dari sebelumnya, beliau juga mendapat ramai kawan baru.