mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Tahun Pertama (Jan-Mac 2021)

1

Latar belakang

Beliau merupakan pelajar SMK Pulau Serai ketika menjadi ahli Pik Pulau Serai pada 2017 dahulu. Beliau sering berkunjung ke Pi untuk menggunakan PC serta mengikuti pelbagai kelas yang diadakan di Pi. Disamping itu juga, beliau sangat komited dalam mengikuti setiap kelas yang diadakan oleh pusat internet. Beliau sudah menguasai pelbagai Microsoft Office.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum mengenali PI,beliau hanya menggunakan computer di dalam kelas computer di sekolah yang mengehadkan penggunaan computer ketika berada di kelas sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mengenali PI, beliau telah mengikuti kelas ILES untuk memudahkannya menggunakan computer dengan baik. Kesemua modul ILES dipelajari yang mana merangkumi pelbagai software asas yang yang diperlukan seseorang pekerja supaya lebih mahir menggunakan computer.

Beliau ingin memahami lebih lagi bagaimana menggunakan internet dengan selamat,justeru melalui Program Klik Dengan Bijak banyak ilmu yang diperolehi. Melalui program ini juga beliau mengetahui kebaikan serta keburukan dunia tanpa sempadan iaitu internet.

2

Latar belakang

Mengusahakan bisnes berkaitan kereta yang memfokuskan Tayar Kereta, Sport Rim dan alat ganti kereta di Kedai ANZ Tayar Enterprise.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan perkhidmatan di PI, Pn Azwati Binti Adam mengusahakan kedai tayar bersama suaminya di Bukit Pauh, Dungun, Trg. Mereka menggunakan kaedah biasa menunggu pelanggan yang memerlukan khidmat menukar tayar, membeli tayar, sport rim, bateri dan lain-lain.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar sebagai ahli PI Pulau Serai, beliau mendapat maklumat berkaitan perniagaan yang mana disini ramai yang telah berjaya memperluaskan perniagaan dengan menghadiri kelas-kelas berkaitan pemasaran atas talian.

Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada. Antaranya cara menggunakan Facebook Page dan berniaga menerusi platform Shoppee serta langkah-langkah membuat promosi didalamnya.

Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pi dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.

Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.

Pn Azwati Binti Adam sangat memanfaatkan ilmu yang dipelajari di PI untuk mempromosikan produk jualannya di media social iaitu Facebook. Selain menambah pelanggan dan juga pendapatan lebih tinggi dari sebelumnya, beliau juga mendapat ramai kawan baru.

3

Latar belakang

Menjual produk kesihataN dari jenama Sahajidah Hai-O.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum terlibat dengan perkhidmatan di PI, Beliau merupakan pengguna yang biasa melayari internet untuk mencari maklumat. Beliau sangat aktif berniaga di Bandar Dungun.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah mendaftar sebagai ahli PI Pulau Serai, beliau mendapat maklumat berkaitan perniagaan yang mana disini ramai yang telah berjaya memperluaskan perniagaan dengan menghadiri kelas-kelas berkaitan pemasaran atas talian.

Beliau menghadiri Kelas Keusahawanan selama beberapa hari untuk mempelajari strategi yang lebih efektif untuk memasarkan produk beliau. Beliau mengikuti kelas serta program yang diadakan di Pusat Internet Kg. Pulau Serai, serta mempelajari pelbagai ilmu yang lebih mendalam mengenai kelebihan menggunakan kemudahan internet yang sedia ada. Antaranya cara menggunakan Facebook Page dan berniaga menerusi platform Shoppee serta langkah-langkah membuat promosi didalamnya.

Beliau didedahkan Dashboard Komuniti Pi dan turut memuatnaik produk ke dalam Dashboard Komuniti My Shop. Beliau menjadikan Dashboard Komuniti My Shop sebagai medium utama bagi memasarkan produk beliau.

Melalui program dan kelas yang diikuti, beliau mendapat banyak ilmu pengetahuan ICT. Beliau didedahkan mengenai kebaikan dan keburukan menggunakan internet serta penggunaan internet secara lebih berhemah.

Beliau sangat memanfaatkan ilmu yang dipelajari di PI untuk mempromosikan produk jualannya di media social iaitu Facebook. Selain menambah pelanggan dan juga pendapatan lebih tinggi dari sebelumnya, beliau juga mendapat ramai kawan baru.