mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI APRIL 2018

Tajuk         : Festival Kesenian Negeri Terengganu 2018

Tarikh        : 20 & 21 Mac 2018

Masa         : 8.00 pagi – 10.00 malam

Tujuan

Program ini diadakan dengan kerjasama bersama Pejabat Daerah & Tanah Dungun di bawah program Pi1M Kluster Dungun. Program ini adalah program tahunan negeri Terengganu dimana daerah Dungun dipilih sebagai tuan rumah pada tahun ini. Pi1M Kluster Dungun telah terlibat secara langsung dalam memeriahkan lagi festival tersebut. Tujuan program ini adlah untuk mempromosikan Pusat Internet 1Malaysia Kluster Dungun.

Aktiviti

Program ini dirasmikan oleh YAB Tuan Haji Ahmad Razif B. Abdul Rahman iaitu Menteri Besar Terengganu. Aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Pi1M antaranya kempen Klik dengan Bijak, E-waste, Check Your Label dan promosi Dashborad Komuniti. Pihak Pi1M juga turut mempromosikan perkhidmatan yang disediakan oleh Pi1M dan secara tidak langsung dapat menambahkan ahli Pi1M. Pihak Pi1M juga telah mengadakan aktiviti kuiz spontan, teka silang kata, ‘word search’ dan pelbagai lagi acara yang berkaitan dengan Pi1M. Pelbagai hadiah disediakan oleh pihak Pi1M untuk tujuan menarik perhatian pengunjung yang hadir ke booth kami.

Gambar 1