Tajuk : Program Klik Dengan Bijak
Tarikh : 13 Disember 2017
Masa : 09.00 pagi – 2.00 petang
Tujuan
Program ini diadakan dengan kerjasama JKKK Kg. Pulau Serai dibawah Program Kemasyarakatan yang dihadiri oleh beberapa tetamu yang terdiri daripada guru Tabika Kemas Kg Pulau Serai serta komuniti setempat. Taklimat Klik Dengan Bijak ini diberi untuk membuka minda serta mewujudkan komuniti yang tinggi ilmu pengetahuan mengenai internet. Komuniti juga didedahkan dengan kebaikan serta keburukan penggunaan internet secara berhemah agar semua yang hadir mendapat maklumat serta mengetahui cara menggunakan atau klik dengan bijak.
Aktiviti
Pada awal program, hadirin yang hadir diberi taklimat Program Klik Dengan Bijak yang merangkumi Kebaikan dan keburukan internet, selain itu hadirin juga diberi pendedahan mengenai istilah atau bahasa berkaitan salahlaku internet dan pelbagai lagi pendedahan mengenai kemudahan jalur lebar. Setelah selesai taklimat, sesi soal jawab berkaitan Pusat Internet 1Malaysia serta mengenai Program Klik Dengan Bijak dibuka. Soalan Kuiz juga diaju kepada peserta yang hadir sebagai penutup program dan peserta yang dapat menjawab diberi cederahati sebagai galakkan.