mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI FEBRUARI 2020

Kelas        : Dashboard Mykomuniti

Tarikh        : 06 Februari 2020

Masa         : 03.30 petang – 05.30 petang

Tujuan

Mengadakan kelas memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada seluruh pengguna Pusat Internet sekitar bagi memberi pengetahuan berkaitan komuniti setempat.

Aktiviti

Pelbagai Aktiviti telah diadakan bagi mengisi program ini yang mana di beri penekanan utama kepada sesi taklimat mengenai My Komuniti. Selain itu juga terdapat aktiviti sampingan antaranya Kuiz Dashboard Komuniti.

Gambar 1

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Kelas        : Latihan Keusahawanan

Tarikh        : 07 Februari 2020

Masa         : 10.30 pagi – 12.30 tengahari

Tujuan

Kelas yang dihadiri oleh 10 orang pelajar yang mempelajari mengenai latihan Intel E-Basic iaitu asas kepada ilmu perniagaan secara terus mahupun  secara dalam talian.

Aktiviti

Pelajar didedahkan mengenai keusahawanan dan perniagaan yang merangkumi cara pengiraan modal, untung dan sebagainya. Selain itu pelbagai aktiviti ringkas berkaitan Microsoft Excel juga diajar untuk memberi ilmu mengenai aspek perniagaan supaya komuniti lebih memahami apa itu keusahawanan.

Gambar 1

………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Kelas        : Microsoft Word

Tarikh        : 08 Februari 2020

Masa         : 03.00 petang – 05.00 petang

Tujuan 

Mengadakan kelas Microsoft Word yang disertai oleh 10 orang pelajar sekolah.

Aktiviti

Memperkenalkan Microsoft Word dan juga cara menggunakannya. Pelajar diberi sedikit latihan dan mereka perlu mempraktikkan apa yang telah diajar.

Gambar 1

………………………………………………………………………………………………………………………………………………