Tajuk : Program Klik Dengan Bijak
Tarikh : 08 Januari 2018
Masa : 9.00 pagi – 1.00 petang
Tujuan
Program Klik Dengan Bijak ini diadakan dengan kerjasama bersama JKKK KG Pulau Serai Dan Pejabat UMNO Daerah Dungun di bawah program UMNO Bantu Rakyat. Program ini dihadiri oleh komuniti setempat seramai 50 orang.
Aktiviti
Selepas acara perasmian program, taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dimulakan dengan memberi penjelasan mengenai definisi jalur lebar. Selepas itu ia diteruskan lagi dengan kebaikan serta keburukan penggunaan internet yang mana komuniti perlu titikberatkan untuk menggunakan kemudahan ini. Setelah taklimat selesai, kuiz spontan dibuka untuk melihat tahap kefahaman dan keberkesanan taklimat Klik Dengan Bijak. Sedikit cederahati diberi untuk mereka yang berjaya menjawab kuiz denganbetul dan tepat.