Tajuk :Kelas Latihan Media Baru
Tarikh : 09 Januari 2019
Masa : 02.00 petang- 04.00 petang
Tujuan
Memperkenalkan asas mengenai internet, cara menggunakan kemudahan jalur lebar kepada 10 orang pelajar sekolah bagi memberi ilmu mengenai komputer dan jalur lebar.
Aktiviti
Memperkenalkan internet meliputi kategori web, emel, laman sosial, enjin carian google dan sebagainya.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Tajuk :Kelas E-Pembelajaran
Tarikh : 12 Januari 2019
Masa : 02.00 petang- 04.00 petang
Tujuan
Mengadakan Kelas kepada 10 orang pelajar sekolah bagi memperkenalkan kepada perkakasan komputer serta permainan pendidikan dalam kelas E-Pembelajaran.
Aktiviti
Menunjukkan perkakasan komputer, komponen komputer dan sebagainya mengenai komputer. Setelah itu, anak2 diberi peluang untuk bermain sambil belajar menggunakan permainan pendidikan.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Tajuk :Latihan Keusahawanan Dan Klik Dengan Bijak
Tarikh : 18 Januari 2019
Masa : 10.00 pagi – 04.00 petang
Tujuan
Program Taklimat Klik Dengan Bijak ini untuk membuka minda serta mewujudkan komuniti yang tinggi ilmu pengetahuan mengenai internet. Komuniti juga didedahkan dengan kebaikan serta keburukan penggunaan internet secara berhemah agar semua yang hadir mendapat maklumat serta mengetahui cara menggunakan atau klik dengan bijak. Selain itu, turut diadakan program bagi memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada seluruh pengguna Pusat Internet sekitar bagi memberi pengetahuan berkaitan komuniti setempat.
Aktiviti
Pada awal program, hadirin yang hadir diberi taklimat Program Klik Dengan Bijak yang merangkumi Kebaikan dan keburukan internet, selain itu hadirin juga diberi pendedahan mengenai istilah atau bahasa berkaitan salahlaku internet dan pelbagai lagi pendedahan mengenai kemudahan jalur lebar. Setelah selesai taklimat, sesi soal jawab berkaitan Pusat Internet 1Malaysia serta mengenai Program Klik Dengan Bijak dibuka. Soalan Kuiz juga diaju kepada peserta yang hadir sebagai penutup program dan peserta yang dapat menjawab diberi cederahati sebagai galakkan.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Tajuk :Kelas Dashboard My Komuniti
Tarikh : 19 Januari 2019
Masa : 02.00 petang- 04.00 petang
Tujuan
Mengadakan kelas memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada seluruh pengguna Pusat Internet sekitar bagi memberi pengetahuan berkaitan komuniti setempat.
Aktiviti
Pelbagai Aktiviti telah diadakan bagi mengisi program ini yang mana di beri penekanan utama kepada sesi taklimat mengenai My Komuniti dan My Soal. Selain itu juga terdapat aktiviti sampingan antaranya Kuiz Dashboard Komuniti.