Tajuk : Program Klik Dengan Bijak & Program Dashboard MyKomuniti
Tarikh : 09 Julai 2018
Masa : 02.00 Petang – 05.00 Petang
Tempat : Pi1M Pulau Serai, Dungun
Tujuan
Program Taklimat Klik Dengan Bijak ini untuk membuka minda serta mewujudkan komuniti yang tinggi ilmu pengetahuan mengenai internet. Komuniti juga didedahkan dengan kebaikan serta keburukan penggunaan internet secara berhemah agar semua yang hadir mendapat maklumat serta mengetahui cara menggunakan atau klik dengan bijak. Selain itu, turut diadakan program bagi memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada seluruh pengguna Pusat Internet sekitar bagi memberi pengetahuan berkaitan komuniti setempat.
Aktiviti
Pada awal program, hadirin yang hadir diberi taklimat Program Klik Dengan Bijak yang merangkumi Kebaikan dan keburukan internet, selain itu hadirin juga diberi pendedahan mengenai istilah atau bahasa berkaitan salahlaku internet dan pelbagai lagi pendedahan mengenai kemudahan jalur lebar. Setelah selesai taklimat, sesi soal jawab berkaitan Pusat Internet 1Malaysia serta mengenai Program Klik Dengan Bijak dibuka. Soalan Kuiz juga diaju kepada peserta yang hadir sebagai penutup program dan peserta yang dapat menjawab diberi cederahati sebagai galakkan.Bagi slot Dashboard Komuniti pula pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mengisi program ini yang mana di beri penekanan utama kepada sesi taklimat mengenai My Komuniti dan My Soal. Selain itu juga terdapat aktiviti sampingan antaranya Kuiz Dashboard Komuniti dan juga pertandingan mengikut kategori telah diadakan dalam program ini.
………………………………………………………………………………………………………………..
Tajuk : Kelas Microsoft Excel
Tarikh : 12 Julai 2018
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Bilik Latihan Pi1M Pulau Serai, Dungun
………………………………………………………………………………………………………………..
Tajuk : Kelas Dashboard MyShop
Tarikh : 14 Julai 2018
Masa : 11.00 Pagi – 01.00 Petang
Tempat : Bilik Latihan Pi1M Pulau Serai, Dungun
Tujuan
Mengadakan kelas Dashboard Komuniti dengan mendedahkan modul Myshop kepada seluruh pengguna Pusat Internet sekitar bagi memberi pengetahuan serta cara untuk mempromosi perniagaan dikalangan komuniti setempat.
Aktiviti
Pelbagai Aktiviti telah diadakan bagi mengisi program ini yang mana di beri penekanan utama kepada sesi taklimat mengenai My Shop. Selain itu juga terdapat aktiviti sampingan antaranya Kuiz Dashboard Komuniti.
………………………………………………………………………………………………………………..
Tajuk : Kelas Dashboard MySoal & Kelas Microsoft Powerpoint
Tarikh : 19 Julai 2018
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari & 02.00 petang-04.00 petang
Tempat : Bilik Latihan Pi1M Pulau Serai, Dungun
Tujuan
Mengadakan kelas Dashboard Komuniti dengan mendedahkan modul Mysoal kepada seluruh pengguna Pusat Internet sekitar bagi memberi pengetahuan serta cara mendapatkan berita komuniti setempat.
Aktiviti
Pelbagai Aktiviti telah diadakan bagi mengisi program ini yang mana di beri penekanan utama kepada sesi taklimat mengenai My Soal. Setelah itu, komuniti ditunjuk cara untuk membuat pengumuman serta bertanya kepada pihak berkuasa tempatan.
Memberi tunjuk ajar secara mendalam mengenai cara menggunakan Microsoft Powerpoint untuk memastikan peserta dapat memahami serta menggunakan ilmu dengan baik
………………………………………………………………………………………………………………..
Tajuk : Program Klik Dengan Bijak & Program Dashboard Komuniti
Tarikh : 21 Julai 2018
Masa : 09.00 pagi-01.00 Petang
Tempat : Bilik Latihan Pi1M Pulau Serai, Dungun
Tujuan
Program Taklimat Klik Dengan Bijak ini untuk membuka minda serta mewujudkan komuniti yang tinggi ilmu pengetahuan mengenai internet. Komuniti juga didedahkan dengan kebaikan serta keburukan penggunaan internet secara berhemah. Selain itu, turut diadakan program bagi memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada seluruh pengguna Pusat Internet sekitar bagi memberi pengetahuan berkaitan komuniti setempat.
Aktiviti
Pada awal program, hadirin yang hadir diberi taklimat Program Klik Dengan Bijak yang merangkumi Kebaikan dan keburukan internet. Setelah selesai taklimat, sesi soal jawab berkaitan Pusat Internet 1Malaysia serta mengenai Program Klik Dengan Bijak dibuka. Soalan Kuiz juga diaju kepada peserta yang hadir sebagai penutup program dan peserta yang dapat menjawab diberi cederahati sebagai galakkan.Bagi slot Dashboard Komuniti pula pelbagai aktiviti telah diadakan bagi mengisi program ini yang mana di beri penekanan utama kepada sesi taklimat mengenai Dashboard Komuniti. Selain itu juga terdapat aktiviti sampingan antaranya Kuiz Dashboard Komuniti dan juga pertandingan mengikut kategori telah diadakan dalam program ini.
………………………………………………………………………………………………………………..