Tajuk : Kelas Microsoft Powerpoint
Tarikh : 06 Jun 2018
Masa : 02.00 Petang – 04.00 Petang
Tujuan
Mengadakan Kelas Microsoft Powerpoint kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang terdiri daripada 10 orang pelajar bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai penggunaan komputer serta cara menggunakan software asas yang mana akan dipraktikkan pada masa akan datang.
Aktiviti
Memperkenalkan software asas iaitu Microsoft Office Powerpoint kepada pelajar. Mengajar mengenai cara menggunakan serta mengedit gambar dan menaip.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Tajuk : Program Dashboard Myshop
Tarikh : 07 Jun 2018
Masa : 02.00 Petang – 04.00 Petang
Tujuan
Diadakan bagi mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti kepada komuniti setempat mengenai fungsi serta kelebihan menggunakan aplikasi ini. Program ini dihadiri oleh 10 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.
Aktiviti
Pelbagai Aktiviti telah diadakan bagi mengisi program ini yang mana di beri penekanan utama kepada sesi taklimat mengenai My Shop.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Tajuk : Kelas Multimedia (Suntingan Imej)
Tarikh : 09 Jun 2018
Masa : 02.30 Petang – 04.30 Petang
Tujuan
Memberi tunjuk ajar kepada 10 orang pelajar sekolah mengenai cara menggunakkan software asas.
Aktiviti
Pelajar diajar cara menggunakan software Paint mengikut langkah-langkah yang betul untuk mengedit gambar.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Tajuk : Kelas Dashboard (My Komuniti & My Soal)
Tarikh : 12 Jun 2018
Masa : 02.00 Petang – 04.00 Petang
Tujuan
Mengadakan kelas memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada seluruh pengguna Pusat Internet sekitar bagi memberi pengetahuan berkaitan komuniti setempat.
Aktiviti
Pelbagai Aktiviti telah diadakan bagi mengisi program ini yang mana di beri penekanan utama kepada sesi taklimat mengenai My Komuniti dan My Soal. Selain itu juga terdapat aktiviti sampingan antaranya Kuiz Dashboard Komuniti.