mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI MAC 2018

Tajuk         : Program Klik Dengan Bijak, E-Waste & Check your Label

Tarikh        : 20 Februari 2018

Masa         : 8.00 pagi – 1.00 petang

Tujuan

Program ini diadakan dengan kerjasama bersama Pejabat Daerah & Tanah Dungun di bawah program Pi1M Kluster Dungun. Program ini dihadiri oleh Ahli J3K Dun Sura seramai 33 orang bertempat di Bilik Syarahan Pejabat Daerah & Tanah Dungun. 

Aktiviti

Program ini dirasmikan oleh Puan Nurul Ain iaitu wakil Pejabat Daerah & Tanah Dungun. Selepas acara perasmian program, taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dimulakan dengan memberi pendedahankan keselamatan, tanggungjawab dan waspada semasa melayari internet. Selepas itu diteruskan dengan taklimat E-waste iaitu kitar semula barangan elektronik secara berhemah dan selamat. Seterusnya taklimat ‘Check Your Label’ iaitu cara yang betul untuk memeriksa peralatan elektronik dengan selamat sebelum membelinya. Setelah taklimat, program diteruskan dengan sesi soal jawab berkaitan isu internet dan aktiviti kuiz KDB dijalankan. Sedikit hadiah diberi untuk mereka yang berjaya menjawab kuiz dengan betul dan tepat. Program diakhiri dengan penyampaian cenderahati dan sijil kepada peserta yang terlibat.

Gambar 1