Tajuk : Program Klik Dengan Bijak
Tarikh :15 November 2017
Masa : 09.00 pagi – 01.00 petang
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk memberi taklimat Klik Dengan Bijak bersempena Program Cakna IT di Perpustakaan Desa Kg. Kuala Abang. Program ini juga dianjurkan dengan kerjasama Pusat Sumber dan Media Sek. Men (A) Kuala Abang yang mana program ini memberi pendedahan kepada para pelajar mengenai membudayakan penggunaan teknologi terutamanya penggunaan internet secara selamat dan positif.
Aktiviti
Selain slot utama iaitu taklimat Klik Dengan Bijak, pelajar juga diajukan soalan kuiz bagi memberi sedikit pemahaman dari penerangan taklimat tersebut.