Tajuk : Kelas Website
Tarikh : 01&02 Ogos 2018
Masa : 10.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tujuan
Mendedahkan bagaimana untuk mencipta website serta cara menggunakan website tersebut
Aktiviti
Memberi tunjuk ajar mengenai pembinaan website serta jenis-jenis kegunaan website. Seterusnya pelajar diberi peluang untuk membuat dan menggunakan web atau blog sendiri
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Tajuk : Kelas Dashboard Komuniti
Tarikh : 10 Ogos 2018
Masa : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Tujuan
Mengadakan kelas memperkenalkan aplikasi Dashboard Komuniti kepada seluruh pengguna Pusat Internet sekitar bagi memberi pengetahuan berkaitan komuniti setempat.
Aktiviti
Pelbagai Aktiviti telah diadakan bagi mengisi program ini yang mana di beri penekanan utama kepada sesi taklimat mengenai My Komuniti dan My Soal. Selain itu juga terdapat aktiviti sampingan antaranya Kuiz Dashboard Komuniti.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Tajuk : Kelas Pengenalan Kepada Internet
Tarikh : 11 Ogos 2018
Masa : 10.30 Pagi – 12.30 Tengahari
Tujuan
Memperkenalkan asas mengenai internet, cara menggunakan kemudahan jalur lebar kepada 10 orang pelajar sekolah bagi memberi ilmu mengenai komputer dan jalur lebar.
Aktiviti
Memperkenalkan internet meliputi kategori web, emel, laman sosial, enjin carian google dan sebagainya.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Tajuk : Kelas Microsoft Powerpoint
Tarikh : 17 Ogos 2018
Masa : 02.30 petang – 04.30 petang
Tujuan
Mengadakan Kelas Microsoft Powerpoint kepada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang terdiri daripada 10 orang pelajar bagi memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai penggunaan komputer serta cara menggunakan software asas yang mana akan dipraktikkan pada masa akan datang.
Aktiviti
Memperkenalkan software asas iaitu Microsoft Office Powerpoint kepada pelajar. Mengajar mengenai cara menggunakan serta mengedit gambar dan menaip.
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Tajuk : Kelas Perisian Komputer (Adobe)
Tarikh : 18 Ogos 2018
Masa : 09.30 pagi – 11.30 pagi
Tujuan
Memberi tunjuk ajar kepada 10 orang pelajar sekolah mengenai cara menggunakkan software Adobe Photoshop.
Aktiviti
Pelajar diajar cara menggunakan software ini mengikut langkah-langkah yang betul untuk mengedit gambar.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Tajuk : Program Klik Dengan Bijak
Tarikh : 28 Ogos 2018
Masa : 09.00 pagi – 11.00 pagi
Tujuan
Program Klik Dengan Bijak ini adalah anjuran Perpustakaan Desa Pulau Serai. Program ini dihadiri oleh komuniti setempat seramai 50 orang.
Aktiviti
Selepas acara perasmian program, taklimat mengenai Klik Dengan Bijak dimulakan dengan memberi penjelasan mengenai definisi jalur lebar. Selepas itu ia diteruskan lagi dengan kebaikan serta keburukan penggunaan internet yang mana komuniti perlu titikberatkan untuk menggunakan kemudahan ini. Setelah taklimat selesai, kuiz spontan dibuka untuk melihat tahap kefahaman dan keberkesanan taklimat Klik Dengan Bijak. Sedikit cederahati diberi untuk mereka yang berjaya menjawab kuiz denganbetul dan tepat.