Tajuk : Asas Teknologi Maklumat & Komunikasi
Tarikh : 26 Oktober 2017
Masa : 02.30 petang – 04.30 petang
Tujuan
Diadakan bertujuan memberi ilmu pengetahuan mengenai asas teknologi maklumat serta komunikasi kepada komuniti sekitar Pusat Internet yang mana telah dihadiri oleh 20 orang peserta. Peserta tersebut adalah terdiri daripada belia dan dewasa yang tidak mempunyai asas mengenai teknologi komputer.
Aktiviti
Antara aktiviti yang diadakan adalah memberi sedikit taklimat serta penerangan berkaitan teknologi maklumat dan komunikasi. Setelah itu, peserta diberi peluang untuk menggunakan sendiri komputer untuk pembelajaran asas.
Tajuk : Microsoft Office (Excel)
Tarikh : 12 Oktober 2017
Masa : 02.00 petang – 04.00 petang
Tujuan
Diadakan bagi memberi tunjuk ajar mengenai Microsoft Office asas iaitu Microsoft Excel. Kelas ini telah dihadiri oleh 10 orang Cikgu Tabika Kemas Dun Rantau Abang yang mana telah mengikuti kelas ini untuk mempelajari secara terperinci mengenai Microsoft Excel bagi memudahkan mereka membuat pengemaskinian data.
Aktiviti
Memberi tunjuk ajar secara mendalam mengenai cara menggunakan Microsoft Excel untuk memastikan peserta dapat mengemaskini data masing-masing dengan lebih baik dan kemas.