mcmc
Makanan

Makanan

keropok lekor

 

Negeri Terengganu kaya dengan sumber alam semulajadinya terutama keindahan pantai yang terdapat di negeri ini. Ia menjadikan negeri Terengganu sebuah destinasi perlancongan utama di musim cuti sekolah. Kebanyakan pelancong berkunjung ke negeri ini untuk menikmati keindahan pantai yang damai serta makanan tradisi di negeri ini. Apabila menyebut negeri Terengganu, makanan yang sinonim dengannya adalah keropok lekor, nasi dagang, satar, laksa Terengganu dan bermacam lagi. Melalui sumber ikan yang mudah didapati, keropok lekor sangat tersohordan menjadi lambang makanan negeri ini.