Lokasi Kedudukan Daerah/Kawasan
1. Pengenalan Lokasi/Tempat
a. Negeri Terengganu
Negeri Terengganu Darul Iman adalah salah sebuah negeri dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2.
Jaluran pantainya menganjur sejauh 225 kilometer dari Utara (Besut) ke selatan (Kemaman). Daerah dalam negeri Terengganu terbahagi kepada tujuh: Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun, Marang, Hulu Terengganu, Setiu dan Besut. Tiap-tiap daerah ini ditadbirkan oleh Pegawai Daerah. Bandar-bandar utama di Terengganu adalah Bandaraya Kuala Terengganu (ibu negeri), Chukai, Dungun dan Jerteh.
(Sumber: Terengganu – Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Terengganu)
Peta Negeri Terengganu
b. Daerah Dungun
Dungun merupakan sebuah daerah dalam negeri Terengganu. Namanya dipercayai berasal daripada nama pokok Dungun, sejenis pokok yang banyak tumbuh di kawasan paya air tawar. Dungun dipercayai telah dibuka oleh pendatang dari Pagar Ruyung, Sumatera berdasarkan kebanyakan orang Dungun pada suatu masa dahulu berasal dari Kepulauan Indonesia. Nama kampung-kampung di Dungun juga terdapat di Indonesia, umpamanya Kampung Binjai, Kampung Bemban, Kampung Gombang dan sebagainya. Keluasan daerah ini adalah 273,503.1 hektar.
Terdapat 8 buah mukim dalam daerah Dungun iaitu Mukim Kuala Jengai, Mukim Besol, Mukim Paka, Mukim Jerangau, Mukim Sura, Mukim Kuala Dungun, Mukim Kuala Abang dan Mukim Rasau. Dimana terdapat kira-kira 32 buah kampung dalam daerah ini.
(Sumber: Dungun – Wikipedia: http://ms.wikipedia.org/wiki/Dungun)
Peta Daerah Dungun
c. Kg. Pulau Serai
Kg. Pulau Serai adalah sebuah kampung yang terletak di daerah dungun, Terengganu iaitu di Mukim Kuala Abang. Kg. Pulau Serai merupakan sebuah kampung yang besar dengan jumlah populasi penduduk adalah seramai 2978 orang. Seratus peratus penduduk yang berbangsa melayu tinggal di Kg. Pulau Serai.
Peta Kampung Pulau Serai