mcmc
Galeri

Maklumat Pi1M

 

Pusat Internet Malaysia mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman portal komuniti kami. Pusat Internet Malaysia merupakan sebuah program yang di anjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Inteligence Sdn Bhd.

Ia bertujuan merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat terutamanya komuniti kawasan luar bandar. Sebanyak 12 Pusat Jalur Lebar Komuniti rintis untuk Fasa Rintis, 73 Pusat Fasa 1, 52 Pusat untuk Fasa 2, 36 Pusat untuk Fasa Felda dan 110 Pusat untuk Fasa 4 telah diwujudkan seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada pengguna komputer dan aplikasi ilmu dalam kehidupan seharian mereka.