PENGENALAN PUSAT EKONOMI DIGITAL PULAU SERAI
PEDi ini merupakan projek yang dilaksanakan melalui Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Telekom Malaysia Berhad (TM) dilantik sebagai kontraktor utama manakala MSD Technology Sdn Bhd (MSDT) sebagai penyelaras program.
PEDi Kg. Pulau Serai mula beroperasi pada 25 April 2013. Setakat Februari 2023, PEDi Pulau Serai mempunyai jumlah keahlian seramai 2717 orang serta 45, 565 orang jumlah penggunaan. Jumlah pelajar yang dilatih adalah sebanyak 3, 817 orang.
