mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

MUZIUM BUKIT BESI

01. MUZIUM BUKIT BESI

 

Muzium Bukit Besi, sebuah muzium memaparkan sejarah perlombongan bijih besi terbesar di Asia Tenggara. 

Muzium Bukit Besi menghimpunkan koleksi khazanah dan maklumat lengkap perlombongan bijih besi di kawasan tersebut yang pernah beroperasi hampir 60 tahun bermula tahun 1916.

Sewaktu zaman kegemilangannya, Bukit Besi muncul antara bandar paling maju di Terengganu dengan lengkap infrastruktur sebelum operasi perlombongan bijih besi ditutup sepenuhnya pada tahun 1971.

Antara monumen menarik yang terdapat di muzium untuk pengunjung mengimbau kembali sejarah perlombongan bijih besi adalah Stesen Crushing Plant, Stesen Opal, Stesen Kolam Renang, Stesen Simpan Bahan Letupan dan Stesen Chimney.

Sumber : Muzium Bukit Besi catat 16,000 pengunjung – Sinar Harian