Antara produk yang menjadi bualan ramai di sekitar Dungun ini adalah makanan tengah hari di Kedai Makan Nasi Daun Pisang Ayam Cincang yang terletak berhampiran simpang Tanjung Jara. Makanan yang disediakan adalah Nasi putih, Ayam Cincang berempah, Kuah Kari serta sambal sebagai menu utama. Terdapat juga lauk sampingan lain untuk menarik kunjungan orang ramai setiap hari iaitu Sotong Besar Goreng Berempah dan Telur Ikan Goreng.
(Sumber : https://www.facebook.com/Nasi-Daun-Pisang-1694569977504896/)

