mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

Pantai Batu Pelanduk, Kuala Abang, Dungun

09. 23 SEPTEMBER 2020

Pantai Batu pelanduk terletak di Kuala Abang, bersebelahan dengan Rantau Abang. Pantai ini terletak di tepi jalan laluan utama Kuala Terengganu-Kemaman. Ianya terletak kira-kira 5km dari Pusat Internet Kg. Pulau Serai. Sesiapa yang melalui jalan ini pasti akan memandang dan terpukau dengan keindahan pantai ini, mana taknya dari jauh dah memang jelas kelihatan pantai batuannya. Mana-mana pantai pun jika jenis berbatu memang cantik kerana   ia lebih nampak hidup. Jika pantai berbatu yang lain kebanyakannya terletak di tepi bukit tetapi berbeza pantai ni kerana batunya dah dipisahkan dengan bukit (dibuat jalan). Kiranya batu disini terletak di tengah-tengah pantai dan boleh dilihat dari dua-dua sisi.

Sumber: http://ffterengganu.blogspot.com/2013/05/pantai-batu-pelanduk-kuala-abang-dungun.html