mcmc
Pelancongan & Tempat Bersejarah

PANTAI TELUK GADONG

01. Pantai Teluk Gadong 1
DUNGUN, TERENGGANU: Pantai Teluk Gadong yang letaknya di Kampung Sura Hujung, Dungun, Terengganu adalah sebuah pantai yang agak cantik dan menarik sesiapa yang melihatnya. Selain keadaan landskapnya yang rata, keadaan pantai ini agak berteluk di beberapa lokasi. Jadi, agak sesuailah jika pantai ini dinamakan Pantai Teluk Gadong.
Pantai Teluk Gadong ini letaknya berhampiran dengan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun dan kira-kira 8 kilometer dari bandar Dungun. Pantai ini sebenarnya bersambung dengan Pantai Teluk Lipat yang juga letaknya di Dungun.
Terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh pihak Majlis Daerah Dungun (MDD) selaku Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) umpamanya kemudahan pondok rehat, kerusi rehat, parkir kenderaan berhampiran dengan pondok rehat yang agak luas, gerai makanan dan restoran, tempat solat, tandas awam serta tong sampah. Sampah yang setiap hari dipungut oleh pekerja Majlis Daerah Dungun akan menjadikan pantai ini sentiasa bersih dan sejuk mata memandangnya. Atas sebab ini, ramai juga pengunjung yang singgah untuk menikmati pemandangan dan menghirup ketenangan di pantai itu.