Pasar Besar Dungun. Pasar ini terletak di tepi Sungai Dungun yang berhampiran dengan muara sungai, jeti ke Pulau Tenggol dan pengkalan LKIM. Pasar ini dipercayai telah wujud dalam tahun 1800an lagi. Cuma pastinya ia berbeza dengan suasana dahulu dan sekarang.
Ia telah dibina dengan bangunan dua tingkat di mana di bahagian bawahnya ialah tempat menjual barang basah dan kering untuk masakan, kedai-kedai makanan, gerai sayuran dan hasil laut. Di tingkat atas adalah kawasan jualan buku, majalah, tekstil, keperluan perkahwinan, kraftangan dan kedai runcit.
Sumber : Journey Terengganu: Pasar Terengganu : Pasar Besar Dungun