mcmc
Pendidikan

Pendidikan

TadikaKemasKgPulauSerai

1. Tadika Kemas Pulau Serai
Tabika kemas Pulau serai terletak di belakang bangunan PI1M Pulau serai. Tabika kemas dibina untuk kemudahan ibu bapa untuk menghantar anak-anak yang berumur 4 tahun hingga 6 tahun.

 

 

2. Sekolah Kebangsaan Pulau Serai
Sekolah Kebangsaan Pulau Serai merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Kampung Pulau Serai, Dungun , Terengganu Darul Iman. Pada 2013, Sekolah Kebangsaan Pulau Serai memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 858 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang tenaga pengajar.
Kedudukan sekolah ini terletak di pinggir bandar iaitu bersebelahan jalan besar diantara K.terengganu menuju ke Daerah Dungun. Jarak diantara sekolah ini dengan Bandar Dungun adalah kira-kira 9 kilometer.

 

SKPulauSerai

 

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai
Sekolah ini mula dibuka pada 1 Januari 1984, terletak di Kampung Pelandang lebih kurang 10 kilometer dari bandar Dungun dan 68 kilimeter dari Kuala Terengganu serta 400 meter dari jalan utama Kuala Terengganu-Kuantan. Nama asalnya ialah SMK Kuala Abang yang kemudiannya ditukarkan kepada nama SMK Pulau Serai lewat tahun 1986 kerana desakan penduduk tempatan dan persetujuan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.
Dengan keluasan 19.25 ekar merangkumi padang, bilik darjah, makmal sains, bilik ERT, pejabat dan bilik guru. Juga terdapat 4 unit rumah guru. Bangunan asrama desa juga disediakan bagi pelajar-pelajar miskin yang tinggal jauh dari sekolah.
Pada 2013, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Serai memiliki 51 orang tenaga pengajar, 674 orang pelajar dan 18 orang kakitangan sokongan.Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1984 yang mempunyai keluasan seluas 19.25 ekar.

 SMKPulauSerai

 

4. Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA)
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dahulunya dikenali sebagai Politeknik Dungun Terengganu (PDT). Ia diasaskan pembinaannya pada tahun 2001 di kaki Bukit Bauk, Dungun, Terengganu. Dibina di atas tapak seluas 100 hektar, politeknik ini mampu menampung pelajar sehingga 5000 orang pada satu masa. Manakala, kediaman siswanya mampu menampung sejumlah 1300 pelajar paa satu masa.
Pada 24 Julai 2006 merupakan detik-detik bersejarah kepada PSMZA apabila Sultan Terengganu Al Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan untuk merasmikan Politeknik Dungun Terengganu. Semasa majlis perasmian tersebut, baginda telah menanam sepohon Pokok Dungun iaitu pokok sempena nama bagi daerah Dungun.
Setelah perasmian ini, nama politeknik telah ditukar kepada Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin sempena nama baginda.

 

 

5. Kampus UITM Dungun
Kampus UiTM Dungun merupakan salah satu daripada cawangan Universiti Teknologi MARA yang pertama di Malaysia. Ia ditubuhkan pada bulan Julai 1975 di Dungun, Terengganu Darul Iman.