mcmc
Kisah Kejayaan

Q2-2024-CELIK ICT-CHE NUR KHAIRULNISA IMANI

Latar belakang  
Merupakan pelajar sekolah rendah yang telah mendaftar sebagai ahli pada 03/04/2012 dan turut menghadiri kelas yang telah dianjurkan Nadi. Beliau bersyukur kerana Nadi telah menyediakan kemudahan jalur lebar serta perkakasan dan khidmat tenaga pengajar bagi memudahkan penduduk setempat mempelajari berkaitan komputer.  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan Nadi  
Sebelum mengenali Nadi, beliau tidak pernah menggunakan kemudahan komputer ini di mana-mana.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan Nadi  
Setelah mengenali Nadi, beliau telah mengikuti kelas ILES untuk memudahkannya menggunakan computer dengan baik. Kesemua modul ILES dipelajari yang mana merangkumi pelbagai software asas yang yang diperlukan seseorang pekerja supaya lebih mahir menggunakan computer.   Beliau ingin memahami lebih lagi bagaimana menggunakan internet dengan selamat,justeru melalui Program Klik Dengan Bijak banyak ilmu yang diperolehi. Melalui program ini juga beliau mengetahui kebaikan serta keburukan dunia tanpa sempadan iaitu internet.