mcmc
Produk Tempatan

Restoran Singgang Ulam Budu

74216837 2433639713630377 2769186494877794304 n

Restoran Singgang Ulam Budu merupakan salah satu tempat makan yang menyajikan masakan ala kampung citarasa pantai timur dan lokasinya sungguh menarik perhatian ramai. Ini kerana kedudukan restoran ini yang berhampiran pantai memberi satu suasana yang bagi mendamaikan.

Antara menu tradisional masakan negeri ini ialah nasi putih, ikan singgang, ikan patin masak tempoyak, ikan bakar, kerabu perut lembu, siput sedut, ikan singgang, ikan panggang, gulai kambing, rebung masak lemak, sayur lemak serta dua menu istimewa iaitu singgang ketam dan singgang telur ikan.

Mulai jam 5.00 petang pula, masakan panas akan disajikan mengikut pesanan pelanggan. Antara menunya adalah seperti tomyam udang galah, kambing bakar, ikan bakar, sotong bakar, ayam kampong, maggi ketam, lidah lembu, roti bakar gogeh, teh tarik madu dan banyak lagi.

Alamat : PT14909B, Jalan Pantai Kampung Sura Tengah, 23000 Kuala Dungun, Terengganu
Waktu Operasi : Dibuka mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam setiap hari (kecuali Khamis tutup)

Sumber : https://saji.my/tempat-makan-best-di-dungun/